Hanset hilang.
Dukacita dimaklumkan bahawa hanset saya telah hilang sejak semalam.
Hanset saya hilang di tempat kerja masa tengah berehat di department semasa waktu rehat tengah hari. Kebetulan hanya ada saya dan seorang kerani lelaki yang tak keluar makan duduk melepak sama-sama baca surat khabar.
Lepas habis baca surat khabar, sedar-sedar, hanset sudah tiada.. tak ingat last letak mana.. mungkin ter slipped keluar daripada poket seluar.. haishh.. *pernah jadi masa solat jumaat..hurm..
kami sama-sama kompius mana perginya..
Nak dipendekkan cerita, segala macam ikhtiar dah dibuat, termasuk lah sejam lebih sangap saye mengadap CCTV hospital melihat kalau-kalau ada mereka yang tangan panjang itu, tetapi keciwa..
Ini adalah kali ke dua tukar hanset setelah hanset sebelum nya rosak.. (pau family punya…haha.).. tapi dengan penuh rase terkilan hanset hilang.. Mungkin dah takde rezeki kali ni kot.. tak ape lah..
Dengan ini, sudi kah kiranya, kawan-kawan, menghantar emel atau pun mesej kepada saya, nombor telefon anda, jadi boleh la recover balik nombor-nombor kalian ye.. Terima kasih laaa sangat-sangat =)
*mungkin ini petanda untuk beli iphone atau blackberry storm 2? haaaaa.. zasss!
Last mesej yang sempat dihantar sebelum hanset hilang:
“Em, jemput makan….”
=(
Sang Bulan
…
“Nape bulan?”
“Bulan kan cantek =)
Lagi-lagi bulan purnama.
Cerah, terang, bercahaya menerangi malam.
Tak jemu dipandang =) “
“Bulan memang cantik jauh.. Kalau dekat banyak kawah.. =p
“Haha..ade ke camtu..
Tapi kan, walaupun ade sikit berkawah, hehe,
kan itu ciptaan Tuhan
dan bulan tetap cantek,
jauh & dekat =) “
“Hee..okey.. gurau je..”
Kembali ke Rahmatullah.
Salam takziah buat sahabat kita, Muhamad Syarafuddin Sulaiman, atas pemergian bondanya.
Semoga roh bondanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah..
Semoga juga dikuatkan semangat sahabat kita, saudara Syarafuddin..
“tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”
~ An-Biyaa’: 35 ~
“tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”
~ An-Biyaa’: 35 ~


